Pages

Sila Ambil Perhatian :

Kami ada membekalkan Ikan Gupi untuk di beli secara borong atau runcit.

Betina 50sen & Jantan 50sen

Lokasi Kami adalah di wakaf che yeh, kota bharu, kelantan.

Perkhidmatan menghantar ikan secara pos tidak digalakkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan ikan mati kelemasan.

Peta ke lokasi

Kontek : 0135063563
Emel : ramadhanabdullah@yahoo.com

Wednesday, November 24, 2010

Membiakkan Ikan Laga/ Betta

Ikan Jantan


Ikan Betina


Perkara paling penting untuk membiakkan ikan ini adalah ketika memilih induk untuk dijadikan baka.

Memilih induk jantan
Ikan jantan mempunyai ekor yang cantik dan besar berbanding dengan ikan betina. Untuk memilih induk jantan, apa yang anda perlu pastikan adalah saiz atau umur ikan tersebut sudah mencapai tempoh matang. Salah satu kaedah untuk mengetahui ikan ini sudah matang adalah dengan melihat kepada buih yang dibuat oleh ikan itu. Ikan jantan akan membuat buih apabila sudah mencapai tempoh matang. Ini kerana ikan yang tidak mencapai tempoh matang tidak akan membuat buih. Buih juga menandakan ikan tersebut sudah bersedia untuk mengawan.

Memilih induk betina
Ikan betina mempunyai ekor yang pendek dan warna tidak menarik jika dibandingkan dengan ikan jantan. Untuk memilih induk betina, perhatikan buih yang dibuat ikan tersebut. Buih ikan betina tidak sebanyak buih ikan jantan. Kemudian perhatikan bahagian bawah perut ikan tersebut. Sekiranya terdapat telur yang berwarna putih yang kelihatan di bawahnya, bermakna ikan ini sudah sedia untuk mengawan.


Kaedah mengawankan ikan jantan dan betina :

1. Asingkan ikan jantan dan betina kerana ikan ini bersifat agresif dan jika tidak kena pada tempatnya, ikan betina akan mati di kejar ikan jantan.

2. Letakkan ikan jantan dan betina bersebelahan supaya mereka dapat berkenalan terlebih dahulu. Seeloknya letakkan ikan jantan didalam bekas yang besar supaya senang untuk mereka mengawan nanti.

3. Ikan jantan akan mengeluarkan buih yang banyak untuk menetaskan telurnya nanti. Sebaiknya letakkan pokok keladi bunting atau kiambang didalam bekas ikan jantan.

4. Biarkan ikan tersebut selama 1 - 2 hari supaya mereka betul2 kenal antara satu sama lain terlebih dahulu sebelum diletakkan bersama.

5. Letakkan ikan betina ke dalam bekas ikan jantan seeloknya di awal pagi. biarkan mereka selama satu hari.

6. Asingkan ikan betina keesokan harinya, kerana dikhuatiri ikan betina akan memakan telurnya sendiri. Ikan jantan akan menjaga telur tersebut di dalam mulutnya dan diletakkan ke dalam buih.

7. selepas telur ikan itu menetas, cepat2 asingkan ikan jantan kerana ikan ini suka memakan anaknya sendiri. (manusia pn kan?? dunia akhir zaman). dan biarkan anak ikan itu selama 2 hari sebelum diberi makan.

8. Selepas 2 hari berikan makanan kepada anak ikan laga tersebut, seeloknya berikannya makan blood worm(cacing darah).


Jom menonton video ikan laga mengawan



1 comments:

MUHAMMAD FAHMI said...

Saye dah bela dalam seminggu kalau campor jantan dan betina pasti ikan tersebut gadoh

jom sembang

 
The Blog Full of Games